Jun 22, 2013

Nampak macam aku tak nampak tapi aku nampak semua.



Aku lihat kini kau sepertinya bahagia dengan perempuan itu.
Perempuan baru.


Aku perhati pula perempuan itu.

Manis sungguh raut wajahnya.
Molek sungguh bahasanya.
Ayu sungguh pemakaiannya.


Selendang labuh.



Aku tersenyum.

Pastinya bukan senyuman paling bahagia pernah aku ukir, tapi senyuman paling redha.



Engkau sudah besar panjang, pasti engkau telah menilai dulu sebelum memilih dia.
Maka aku percayakan penilaian dan pilihan kau.



Setulusnya perasaan aku masih sama.
Tidak berubah walaupun sedikit.

Kerana hati itu tidak boleh dipaksa untuk melupuskan perasaan.






Maka, ya, perasaan aku masih sama.
Dulu aku mahu kau tahu akan hal ini.
Aku mahu kau sedar aku ada untuk menghentikan air mata mu.
Tapi sekarang cukuplah ia menjadi rahsia aku dan Allah sahaja.






Aku akan menjaga mu dari jauh.







Jika dia melukaimu.......................


Nanti.




Itu takkan berlaku.
Aku takkan benarkan.