Dec 9, 2011

Aku tak perlu itu. Aku tak perlu ini. Atau begitu begini.

Cinta.
Sangat manis apabila di saat manis.
Di waktu susah..ia tetap juga manis.

Kerana ia cinta.


Aku telah lama cintakan kau, dan aku tak perlukan kau untuk cintakan aku sebagai balasan.
Cukuplah aku seorang yang mencintai. Cukuplah.


Aku tak perlu kau untuk menjadi yang pertama mengucapkan selamat pagi dan yang pertama mengucapkan selamat malam, atau menjadi dia itu yang sering bertanyakan khabar aku dan apa aku sudah makan atau belum, dan kalau belum, kenapa..

Aku tak perlu kau untuk menjadi seperti yang aku idamkan, menghadiahkan aku tiga kuntum bunga putih di setiap ulangtahun kelahiran aku. Ataupun mengucapkan selamat hari lahir kepada aku tepat jam 12.01 malam.

Aku tak perlu kau untuk berada di sebelah kananku ketika berjalan di tepi jalan. Dan merisikokan nyawa kau sendiri demi menjaga aku. Memimpin tangan aku, supaya tidak hilang.

Aku tak perlu kau menjadi si dia itu yang mengiringi aku ke kelas, dan apabila pulang, iringi aku lagi, memastikan aku selamat. Dari segala bahaya. Tanpa rasa jemu.

Aku tak perlu kau untuk berbaring di atas bukit sambil merenung sang rembulan dan menatap bintang-bintang di langit, cuma berdiam diri dan menikmati saat indah itu bersama aku.

Aku tak perlu kau untuk memberiku semangat dan kata-kata perangsang di setiap kejatuhan aku. Mencoba dengan segala daya kau supaya aku tidak berputus asa. Meyakinkan aku semuanya akan baik, dan kembali pulih. Dan aku akan berjaya suatu hari nanti.

Aku tak perlu kau untuk menabur janji-janji manis seperti yang si polan itu lakukan dengan pasangan nya, dan sangat aku cemburui itu. Cuba mewangikan hidup aku dengan haruman ayat yang keluar dari bibir kau, berharap kita akan bahagia.


Aku tak perlu kau untuk menjadi semua itu.



Aku tak perlu kau untuk merasakan yang sama seperti yang aku rasakan terhadap kau. Aku baik-baik saja. Dan tidak kisah begini. Cukuplah aku begini. Cukuplah.



Betul ni.



No comments:

Post a Comment